Apple Kini Membenarkan Aplikasi Menghantar Iklan Secara Notifikasi

Iklan yang sering muncul di telefon bimbit pasti sesuatu perkara yang tidak disukai oleh sesetengah pengguna. Lebih-lebih lagi dengan aplikasi yang percuma, kerap juga iklan yang tidak berkaitan akan disiarkan di paparan telefon pintar.

Hari ini Apple membenarkan aplikasi yang berada di App Store untuk menghantar iklan dalam ''push notication'' setelah sekian lama menghentikan perkhidmatan itu.

Kemaskini garis panduan di App Store yang terbaru menunjukkan pembangun aplikasi boleh menghantar iklan atau promosi pada pengguna iPhone. Akan tetapi, iklan atau promosi tersebut hendaklah mendapat kebenaran daripada pengguna untuk disiarkan atau tidak di ''push notification''.

Difahamkan juga, pengguna mempunyai pilihan untuk menghalang dari penerimaan notifikasi iklan ini.

iphone

Pembangun aplikasi juga dikehendaki menggunakan API rasmi Apple untuk mengumpul ulasan dan penilaian daripada pengguna aplikasinya.

Jika pembangun aplikasi menyalahgunakan peluang yang diberikan ini, perkhidmatan mereka akan disekat oleh Apple. Selain itu, syarikat pengeluar telefon pintar itu turut menegaskan tentang aplikasi ''dating'' dan ''fortune telling'' mulai sekarang.

Syarikat itu hanya menerima aplikasi yang menawarkan pengalaman yang unik serta berkualiti.

Sumber : The Verge, cnet