Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone

Apple Kini Membenarkan Aplikasi Menghantar Iklan Secara Notifikasi

Diterbitkan Mac 5, 2020 ยท Dikemas kini Mac 6, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Iklan yang sering muncul di telefon bimbit pasti sesuatu perkara yang tidak disukai oleh sesetengah pengguna. Lebih-lebih lagi dengan aplikasi yang percuma, kerap juga iklan yang tidak berkaitan akan disiarkan di paparan telefon pintar.

Hari ini Apple membenarkan aplikasi yang berada di App Store untuk menghantar iklan dalam ”push notication” setelah sekian lama menghentikan perkhidmatan itu.

Kemaskini garis panduan di App Store yang terbaru menunjukkan pembangun aplikasi boleh menghantar iklan atau promosi pada pengguna iPhone. Akan tetapi, iklan atau promosi tersebut hendaklah mendapat kebenaran daripada pengguna untuk disiarkan atau tidak di ”push notification”.

Difahamkan juga, pengguna mempunyai pilihan untuk menghalang dari penerimaan notifikasi iklan ini.

iphone

Pembangun aplikasi juga dikehendaki menggunakan API rasmi Apple untuk mengumpul ulasan dan penilaian daripada pengguna aplikasinya.

Jika pembangun aplikasi menyalahgunakan peluang yang diberikan ini, perkhidmatan mereka akan disekat oleh Apple. Selain itu, syarikat pengeluar telefon pintar itu turut menegaskan tentang aplikasi ”dating” dan ”fortune telling” mulai sekarang.

Syarikat itu hanya menerima aplikasi yang menawarkan pengalaman yang unik serta berkualiti.

Sumber : The Verge, cnet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY