Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 12 5g

Apple Kini Kuasai Pasaran Telefon Pintar 5G

Diterbitkan Mei 3, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak kebelakangan ini, banyak telefon pintar yang ada di pasaran sudah memberikan sokongan rangkaian 5G. Walaupun jenama dari Korea Selatan dan juga China yang menjadi perintis trend ini tetapi mereka bukanlah mendominasi pasaran tersebut.

Laporan terbaru daripada strategy analytics, Apple menduduki tempat pertama dalam pasaran telefon pintar 5G secara global pada suku pertama tahun 2021, iaitu sebanyak 30.2% meskipun mereka baru sahaja menawarkan 5G pada tahun lalu.

Apple 5G

Ia kemudian diikuti jenama dari China, OPPO dan vivo. Manakala Samsung berada di tempat keempat dan Xiaomi pada kedudukan kelima.

Berdasarkan data tersebut, iPhone 12 5G dikatakan sangat popular di seluruh dunia termasuk Eropah, Amerika Syarikat dan juga China. Ditambah pula dengan rekaan yang menarik serta harga yang sangat kompetitif.

Dengan ini, adakah anda sudah memiliki telefon pintar 5G walaupun di Malaysia sendiri masih lambat lagi ditawarkan.

Sumber: techradar

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY