Apple Kini Hasilkan Sendiri Pelitup Muka Khas Untuk Pekerja Mereka

Dengan pandemik Covid-19 yang berlarutan, Apple kini mengambil pendekatan menghasilkan sendiri pelitup muka untuk kakitangan pekerja mereka.

Pelitup muka yang dihasilkan oleh Apple terdapat dalam 2 versi. Yang pertama dipanggil Face Mask merupakan pelitup muka biasa dengan 3 lapisan, manakala satu lagi adalah ClearMask yang merupakan pelitup pembedahan yang lutsinar.

Face Mask yang dihasilkan oleh Apple adalah sedikit unik dengan ruang tutup yang luas pada bahagian atas dan bawah menutupi kawasan hidung dan dagu pengguna.

Ia juga mempunyai tali yang boleh diubah suai panjangnya untuk lebih sesuai dengan mana-mana telinga pengguna.

Menurut laporan dari Bloomberg, Face Mask direka dan dihasilkan sendiri oleh Apple manakala ClearMask oleh sumber luar.

Apple buat masa ini tidak berhasrat untuk menjual pelitup muka ini kerana ia khusus untuk kakitangan mereka seperti yang berada dalam Apple Store.

Sumber: Bloomberg

 

Berkaitan