Apple Keluarkan Kemaskini Membaik Pulih Masalah 'Throttling' MacBook Pro 2018

Selepas beberapa video di internet muncul mengenai masalah throttling yang melanda MacBook Pro 2018, terutamanya peranti yang menggunakan cip pemprosesan Intel Core-i9.

Hari ini Apple Inc. mengumumkan pepijat yang dijumpai menyebabkan penurunan prestasi kepada peranti MacBook Pro 2018 dan mereka sudah mengeluarkan kemaskini perisian yang dijangka dapat meningkatkan kembali prestasi seperti yang diharapkan.


Pembetulan pepijat sudah dimasukkan kedalam kemaskini tambahan macOS High Sierra 10.13.6

Kami juga ingin meminta maaf kepada pelanggan yang mengalami pengalaman yang tidak diharapkan menggunakan sistem terbaru ini. Kini pelanggan boleh menjangkakan MacBook Pro 15 2018 ini berprestasi lebih dari 70% dan MacBook Pro 13 dengan Touch Bar dengan prestasi 2X lebih laju dari sebelum ini.

Apple mengenal pasti digital key di dalam firmware sebagai punca utama mengapa sistem pengurusan haba peranti menghadapi masalah seterusnya memberi kesan terhadap kiraan clock speed.

MacBook Pro Dengan Cip Core-i9 Hadapi Masalah Penyejukan?

Sumber: The Verge, Tom's Hardware