Apple kekal di tangga pertama dalam kategori komputer peribadi dan peranti tablet.

Penyelidik Indeks Kepuasan Pelanggan Amerika (ACSI) hari ini telah mengeluarkan statistik terbaru berkenaan dengan soal selidik kepuasan hati isi rumah Amerika terhadap jenama komputer serta barangan elektronik.

Dalam laporan mereka yang bertajuk ASCI Customer Satisfaction For Household Appliances And Electronics 2018 – 2019 menunjukkan, Apple masih kekal sebagai pengeluar komputer dan tablet yang menjadi pilihan utama pengguna A.S.

Apple menerima skor tertinggi iaitu 83/100, sama sepertimana tahun lepas di mana mereka kekal menguasai segmen industri komputer dan tablet di A.S.

Walaubagaimanapun, Samsung berada tidak jauh dibelakang Apple dengan skor 81/100, diikuti oleh Amazon (79), Dell (77), Toshiba (77) dan Lenovo (74).

IKLAN

Anda boleh merujuk infografik yang disediakan oleh ACSI bagi mengetahui kedudukan jenama barangan elektronik dalam segmen yang lain.