Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airpods pro wide

Apple Kekal Kuasai Pasaran Fon Telinga Tanpa Wayar

Diterbitkan Mei 5, 2021 · Dikemas kini Mei 5, 2021 oleh Amsyar Latif

Sejak lambakan telefon yang sudah buang bicu audio (headphone jack), fon telinga stereo tanpa wayar (TWS) mula mendapat perhatian pengguna.

Berdasarkan laporan daripada Counterpoint Research, pengeluaran TWS secara global telah meningkat sebanyak 33% pada tahun ini.

Jika hendak dibandingkan, sebanyak 233 juta unit TWS dikeluarkan tahun lalu. Sementara tahun ini, 2021 menyaksikan 310 juta unit dijual.

counterpoint research

Ini mungkin disebabkan pada masa sekarang sudah banyak penawarannya di pasaran tidak kira dengan harga bawah RM100 hinggalah melangkaui RM1000.

Secara keseluruhan, Apple mendominasi pasaran ini dan diikuti Xiaomi. Manakala Samsung pula berada pada kedudukan yang ketiga.

Melihat statistik itu, Apple dijangka akan terus mengukuhkan lagi kedudukan mereka kerana terdapat khabar angin yang mengatakan AirPods generasi baharu akan diperkenalkan.

Sumber: Counterpoint Research

Foto utama: Apple

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY