Ikuti kami di media sosial

Berita

Apple Semakin Kehilangan Ramai Pengguna Setia iPhone Mereka

ariff bukhari

Ditulis

pada

Tahun ini adalah yang paling teruk.

Menurut data yang keluarkan oleh penyelidik dari BankMyCell. semakin kurang pengguna iPhone menukarkan telefon pintar mereka kepada model terbaru iPhone yang diperkenalkan Apple setiap tahun.

Sebaliknya mereka mendapati, 18.1% pemilik iPhone telah menukarkan telefon Apple iPhone mereka kepada model telefon pintar Samsung. Peratusan itu hanyalah setakat di dalam bulan Jun 2019 sahaja, juga merupakan yang tertinggi berlaku sejak kaji selidik ini dimulakan.

Manakala kesetiaan pengguna pada model premium telefon pintar Samsung Galaxy S9 adalah lebih tinggi di mana hanya 7.7% penggunanya memilih untuk beralih kepada iPhone.

Hasil dapatan set data kaji selidik yang didedahkan oleh BankMyCell ini adalah berasaskan kepada koleksi data jenama, peranti dan sistem operasi daripada pengguna yang menggunakan servis mereka.

Kaji selidik tersebut telah dijalankan sejak 10 Januari 2018 hinggalah 30 Jun 2019 lalu.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular