Apple Ke Los Angeles Untuk Melihat Teknologi Baharu Untuk Paparan Peranti

Satu persidangan industri telah diadakan di Los Angeles yang menampilkan teknologi-teknologi dalam paparan peranti yang mungkin akan digunakan untuk peranti-peranti Apple dan kaca mata AR selepas tahun 2020 nanti.

Persidangan Display Week itu dihadiri oleh pekerja-pekerja Apple berjumlah 369 orang sementara syarikat Amazon, Google dan Oculus menghantar jumlah pekerja mereka jauh lebih rendah berbanding Apple.

Pembuat-pembuat paparan seperti Japan Display Inc. dan LG Display Co menyertai persidangan tersebut dan memaparkan pelbagai teknologi baharu yang boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi dalam industri.



Apple sudah mula mengubahsuai paparan iPhone mereka sendiri bermula dari iPhone X yang dihasilkan oleh Samsung Display. Paparan OLED tersebut mendapat pujian dari warga industri kerana berjaya menghasilkan warna yang tepat.

Mereka juga sedang membina skrin Micro LED mereka sendiri dan mungkin akan digunakan untuk perkakasan AR mereka selepas ini. Apple diketahui membeli perkakasan dari pembuat luar dan memasangnya semua menjadi satu produk.

Sumber