Apple Kata Permintaan Untuk iPhone X Di Luar Jangkaan

Apabila Apple memperkenalkan dua generasi iPhone iaitu iPhone 8 dan iPhone X, banyak yang memberi pendapat akan memilih peranti iPhone X walaupun harga jualan yang lebih mahal dari peranti iPhone yang lain.

Peranti iPhone X sudah boleh ditempah bermula harini dan sambutannya 'luar biasa' menurut Apple. Buktinya dalam beberapa minit selepas pra-tempah bermula, peranti tersebut sudah habis dijual.

Dalam satu kenyataan terhadap CNET, Apple melihat momentum jualan peranti iPhone X berada dalam kategori sendiri dan bakal mencipta rekod yang baru sebagai iPhone yang paling banyak dijual.

Berita ini disambut gembira oleh pihak Apple memandangkan sambutan hambar terhadap peranti iPhone 8 mereka yang dijual lebih awal sebelum ini. Mungkin itu juga petanda yang pengguna mereka lebih meminati peranti iPhone X yang menawarkan rekaan yang berbeza berbanding iPhone mereka sebelum ini.

Peranti iPhone X yang ditempah mungkin akan sampai ke tangan pengguna seawal bulan Disember ini.

Sumber