Walmart kekal menjuarai kedudukan Fortune 500 tahun ini.

Untuk edisi ke-66 Fortune 500 yang menyenaraikan status kedudukan firma-firma terbesar Amerika Syarikat bagi tahun 2020, rangkaian pasaraya gergasi di A.S iaitu Walmart telah berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat pertama.

IKLAN

Sementara, Amazon.com pula berjaya merampas kedudukan Exxon Mobil untuk berada di tangga kedua pada tahun ini. Exxon Mobil pula kini jatuh di tangga ke-3 dalam senarai Fortune 500 2020.

Apple Inc. pula dari kedudukan ke-3 tahun lalu telah jatuh ke tangga ke-4 tahun ini.

Mighty Apple dipped a smidge in 2019, both in terms of sales, down 2% to $260 billion, and in its ranking, from No. 3 to No. 4. The computer and phone maker’s ability to make money cushioned the blow. Apple earned $55 billion. Three categories tell the story of Apple’s sales doldrums. iPhone sales, 55% of Apple’s total, fell 14%. Increases in sales of services like streaming and subscriptions, 18% of the total, grew 16%. And wearables (AirPods and Watches) and other non-phone accessories (iPods, HomePods, and Beats products) leapt 41%, but account for only 9% of the pie.” Fortune 500.

IKLAN

Walaubagaimanapun, Apple masih kekal berada dalam 5 syarikat teratas di A.S oleh Fortune 500 sejak 7 tahun lepas.

Berikut adalah senarai 10 teratas Fortune 500 bagi syarikat terbesar A.S pada tahun 2020:-

IKLAN
  1. Walmart
  2. Amazon.com
  3. Exxon Mobil
  4. Apple
  5. CVS Health
  6. Berkshire Hathaway
  7. UnitedHealth Group
  8. McKesson
  9. AT&T
  10. AmerisourceBergen

Syarikat-syarikat teknologi lain seperti Microsoft berada di kedudukan ke-21, Dell Technologies di tangga ke-34, Facebook di tangga ke-46 dan HPE (Hewlett Packard Enterprise) di tangga ke-109 dalam Fortune 500.