Apple Janji Pulihkan Masalah Bateri Cepat Habis Menerusi Kemaskini iOS 11.1

iOS 11 merupakan sistem operasi terbaru untuk peranti Apple yang membawakan pelbagai perubahan. Walaupunbegitu, terdapat rintihan daripada pengguna mengenai bateri yang terlalu cepat kehabisan kuasa selepas memuat turun iOS 11.

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Apple sedang giat menyiapkan kemaskini iOS 11.1 dimana ia kini berada di tahap akhir dan sedang diuji oleh pembangun sebelum ditawarkan kepada pengguna.

Berdasarkan komen dari beberapa penguji beta, iOS 11.1 beta 5 mendapat pujian kerana prestasi bateri semakin meningkat.

Satu video perbandingan kuasa bateri yang menjalankan sistem operasi iOS 11.1 beta 4 (versi ini telah dikeluarkan minggu lalu) bersama dengan iOS 11.0.3 telah dilakukan menerusi tiga jenis telefon: iPhone 6 Plus, iPhone 7 Plus dan iPhone 8 Plus.

Bagi peranti yang beroperasi dengan iOS 11.0.3, kesemua model kehabisan kuasa bateri selepas skrin paparan menyala kurang dari 5 jam.

Ujian dilakukan pada iOS 11.1 beta 4 pula menunjukkan peningkatan kuasa bateri dimana ia mampu bertahan 2 jam hingga 4 jam lebih lama dari ujian sebelumnya dengan melihatkan iPhone 8 Plus menjadi pemenang dengan catatan masa 9 jam.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=15&v=O56XAv6cZSk