Apple iMac Dengan Skrin 27 Inci Dilancarkan, Hadir Dengan Grafik AMD Radeon Pro 5000

Apple pada kali ini telah menambah dan menaik taraf siri iMac dengan saiz skrin yang lebih besar iaitu 27-inci dan kad grafik AMD Radeon Pro 5000.

iMac Skrin Retina AMD Pro

Model iMac 27 inci ini didatangkan dengan paparan Retina resolusi 5K. Ia merupakan kemaskini yang dilakukan oleh Apple di mana siri iMac terdahulu hanya dilengkapi skrin lebih kecil dengan resolusi 4K sahaja. Skrinnya juga dilengkapi dengan teknologi True Tone untuk pengalaman lebih natural. Untuk pertama kalinya, kaca skrin yang terdapat pada iMac dapat menyesuaikan keadaannya dengan situasi cahaya yang sentiasa berubah.



iMac dijana dengan cip pemprosesan daripada intel iaitu Intel Core i9 generasi ke-10. Cip ini adalah lebih pantas dan cekap untuk menjalankan tugasan berat seperti memproses berdozen lapisan audio atau memproses dan mencuba kod.

iMac juga disertakan dengan storan yang besar iaitu 8TB jenis SSD dengan kelajuan read dan write sehingga 3.4GB/s, untuk akses yang lebih pantas ke semua pustaka foto dan video, fail besar dan aplikasi pro pengguna.

iMac Skrin Retina AMD Pro

Menariknya, model ini membawa kad grafik yang baharu iaitu AMD Radeon Pro 5000 yang menyokong memori GDDR6 hingga 16GB untuk aliran kerja grafik yang lebih mantap seperti suntingan video yang beresolusi UHD.

Dengan menggunakan cip sekuriti daripada Apple, iaitu T2, membolehkan ciri kuat seperti kamera pengesan wajah lebih responsif. Di samping itu, cip ini membantu untuk transkoding HVEC hingga dua kali lebih pantas daipada generasi sebelumnya.



iMac 27 inci kini mempunyai kamera beresolusi 1080p Face Time HD dan susunan mic berkualiti studio. Dengan bantuan daripada cip T2, EQ dapat berubah dan menghasilkan tindak balas Bass yang lebih padu.

Kesimpulannya, Apple iMac ini direka khas untuk pengguna yang melakukan tugasan berat dan memerlukan kelajuan pantas seperti suntingan video atau audio.

Apple iMac 27-inci boleh didapatkan sekarang di laman web rasmi Apple dan ditawarkan pada harga bermula RM 7,999 hingga RM 38,687.80

Sumber : Apple