Apple Iktiraf Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

Teknologi dan pendidikan seharusnya perlu bergerak seiring untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Inilah yang telah dilakukan oleh Kolej Tunku Kurshiah (TKC) sejak tahun 2014 lagi dimana mereka telah menggunakan peranti iPad didalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran(PnP).

Oleh kerana itu, baru-baru ini Apple telah memberi pengiktirafan kepada TKC sebagai salah sebuah 'Apple Distiguished School'.

Sebelum pengiktirafan dibuat, beberapa wakil dari Apple Malaysia telah berkunjung ke TKC dan beberapa buah sekolah lain untuk melihat serta merakam cara penggunaan iPad oleh guru dan pelajar.

Hasil rakaman itu telah dihantar ke Apple di Amerika Syarikat untuk dinilai dan hasilnya TKC berjaya menerima pengiktirafan tersebut.
"Pengiktirafan ini membuktikan semua warga kolej mampu bekerjasama dan menyambut baik pembelajaran abad ke-21 seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan," kata Anismah M Noh merangkap pengetua TKC.

Dengan pengiktrifan ini, ia sedikit sebanyak membuka mata dunia tentang sistem pendidikan negara kita.

Wiser.my yakin sekolah-sekolah lain mampu menandingi pencapaian TKC ini.

Sumber: BH Online