Apple Guna TikTok Untuk Mempromosikan iPhone 12 Mini

Apple kini sudah bergiat aktif dalam media sosial terutama di Instagram dalam menampilkan gambar serta video yang diambil menggunakan iPhone.

Baru-baru ini, Apple membuat akaun TikTok dan mereka membayar beberapa influencer untuk mempromosikan iPhone 12 mini 5G.

Akaun TikTok yang sudah disahkan sejak April lalu telah menerbitkan 4 buah video yang menampilkan influencer TikTok iaitu Jessica Wang, Kevin B Parry, Julian Bass dan Zach King.

https://www.tiktok.com/@apple/video/6896712909456461061?referer_url=https%3A%2F%2Fappleinsider.com%2F&referer_video_id=6896712263303007494

Setiap video tersebut menunjukkan beberapa barang yang bersaiz besar dikecilkan kepada lebih kompak dan pada penghujung video, iPhone 12 dikecilkan menjadi iPhone 12 mini.

Tambahan lagi, terdapat juga cabaran dari TikTok kepada penonton dengan menghasilkan video beserta tanda pagar #makeitmini.



Kempen daripada Apple ini nampaknya berjaya dimana akaun ini sudah berjaya mengumpulkan 378 ribu pengikut.

Walaupun TikTok akan disekat AS semasa pemerintahan Donald Trump, sekatan ini mungkin ditangguhkan selepas Joe Biden menang baru-baru ini.

Sumber: Apple Insider