Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
emas cip semikonduktor

Apple, Google Antara Yang Dilaporkan Beli Emas Dilombong Secara Haram

Diterbitkan Julai 26, 2022 · Dikemas kini Julai 26, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Media dari Brazil mendedahkan 4 gergasi teknologi iaitu Apple, Google, Microsoft dan Amazon membeli emas daripada pelombong haram di Brazil.

Emas-emas ini digunakan untuk komponen telefon pintar, komputer termasuklah pelayan.

Dokumen mengesahkan bahawa syarikat-syarikat tersebut membeli emas daripada Chimet dan Marsam, antara 2020 dan 2021.

Kedua-dua Chimet dan Marsam ini dalam siasatan pihak polis Brazil kerana memproses sumber semula jadi secara haram dan tuduhan berkaitan kerosakan alam.

Pengekstrakan sumber semula jadi di tanah orang asli adalah diharamkan di sana kerana menyumbang pada penggondolan hutan Amazon dan mencemarkan sungai dengan merkuri.

Perlombongan haram ini sebenarnya adalah salah satu cara organisasi jenayah memperoleh pendapatan. Sejak bertahun-tahun, mereka menyerang orang asli kerana ingin meluaskan operasi.

Apple memberi maklum balas mengatakan mereka menetapkan piawaian tinggi untuk pembekal dan tidak lagi mendapatkan emas daripada Marsam. Untuk Chimet pula, syarikat itu tidak pula menafikannya mahupun mengiyakan.

Google, Amazon dan Microsoft pula masih tidak memberi jawapan berkenaan laporan ini.

Gambar utama: My Gold Guide
Sumber: Repórter Brasil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY