Apple Failkan Paten Telefon Dengan Skrin Boleh Lipat

Boleh dibuka seperti buku, itulah rekaan yang mungkin akan dihasilkan oleh Apple dalam masa mendatang.

Gergasi pengeluar telefon pintar Amerika Syarikat itu dilapor telah memohon untuk memfailkan paten telefon boleh lipat. Bagi menjayakan perkara tersebut, dipercayai Apple akan bekerjasama dengan LG dalam penghasilan teknologi skrin.



Menurut sumber, peranti tersebut bakal dipasang dengan skrin yang mudah lentur supaya ia mampu dilipat. Paten itu juga dikatakan mempunyai teknologi skrin generasi baru yang dipanggil MicroOLED.

Awal tahun ini, laman The Investor ada memberitakan bahawa Apple bersama salah satu pengeluar dari Korea sedang dalam penghasilan iPhone yang boleh dilipat dan apabila dibuka ia seolah-olah sebuah iPad.



Selain daripada Apple, Samsung dan Huawei juga antara syarikat yang sedang berusaha membangunkan telefon dengan skrin paparan boleh lipat.

Sumber: Patently Apple