Apple Failkan Paten Papan Kekunci Dari Panel Kaca

Tahun lalu, anda mungkin pernah membaca berkenaan permohonan paten Apple melibatkan papan kekunci maya dan dalam tahun yang sama pada Februari, paten paparan kedua dijadikan bahagian memasukkan input telah diluluskan.

Kapsyen: Paten papan kekunci maya yang dibuat tahun lalu oleh Apple


Menggarap laporan dari Apple Insider, baru-baru ini terdapat satu lagi paten papan kekunci dengan panel kaca dibuat oleh Apple.

Antara perbezaan yang boleh dilihat pada paten kali ini, panel kaca itu mempunyai reka bentuk permukaan timbul, menyerupai papan kekunci sebenar dan bukannya permukaan rata seperti paten terdahulu.

Kapsyen: Imej paten bagi rekaan papan kekunci panel kaca | via Apple Insider


Imej paten memperlihatkan kekunci akan melentur apabila ditekan, memberi pengalaman yang lebih baik berbanding taipan diatas permukaan rata.

Oleh kerana ia diperbuat daripada kaca, ia memungkinkan susun atur papan kekunci diubah bersesuaian dengan bahasa yang digunakan.

Walaupun ini hanyalah paten semata-mata dan mungkin tidak akan hadir pada produk sebenar, tetapi kita boleh beranggapan Apple mempunyai idea untuk menampilkan kelainan pada siri MacBook mereka.

Sumber: Apple Insider