Apple Disaman Berikutan Isu Kalis Air Pada iPhone

Penarafan kalis air bagi produk-produk masa sekarang amatlah penting, dari telefon pintar sehinggalah ke peranti audio.

Apple baru-baru ini disaman atas tuduhan terhadap isu berkaitan ketahanan atau kalis air bagi barisan iPhone mereka.

Seperti jenama telefon pintar yang lain, iPhone juga menerima penarafah kalis air. Malah, terdapat juga cerita yang mengatakan iPhone masih lagi 'bernyawa' setelah sebulan berada di dalam tasik.

Meskipun begitu, mahkamah di New York menyatakan Apple tidak telus dan agak keterlaluan dalam memasarkan bahawa iPhone mereka mampu bertahan di dalam air.



Dalam fail saman itu, ia banyak merujuk berkaitan kalis air. Sebagai contoh, iPhone 7 dipasarkan dengan penarafan IP67 dan boleh bertahan pada kedalaman 1 meter air sehingga 30 minit.

Sementara barisan iPhone 11 Pro, ia ditaraf dengan IP68 dan mampu bertahan pada kedalaman 4 meter. Manakala iPhone 12 pula sehingga 6 meter di dalam air.



Walau bagaimanapun, mahkamah mengatakan bahawa penarafan tersebut hanya diuji di dalam makmal dan bukan pada situasi sebenar seperti di kolam renang atau air laut.

Bermakna, jika peranti itu tidak hidup disebabkan terkena percikan/terendam di dalam air laut atau kolam renang, secara tidak langsung jaminan peranti terbatal.

Tambahan lagi, Apple juga menegaskan dimana peranti yang mengalami kerosakan disebabkan air tidak boleh dituntut dan diganti.

Buat pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Apple disaman kerana pada November 2020, €10 juta dikenakan atas sebab yang sama.

Sumber: Apple Insider