Apple Disaman Syarikat Jepun Kerana Menggunakan Nama Animoji Tanpa Kebenaran

Salah satu ciri-ciri yang ditekankan semasa pelancaran iPhone X adalah Animoji, sebuah emoji yang boleh bergerak mengikut ekspresi wajah pengguna. Pergerakan wajah yang dikesan menggunakan kamera hadapan peranti tersebut.

Emonster, syarikat yang memegang tanda dagang Animoji di Amerika Syarikat telah memfailkan saman terhadap Apple Inc. di Mahkamah Persekutuan A.S.



Animoji bermula sebagai aplikasi did dalam iOS pada tahun 2014. Apple kemudian telah memperkenalkan Animoji tersebut selepas mengguna pakai teknologi pengecaman wajah yang ditawarkan peranti iPhone X.

Apple sebelum ini membuat tawaran untuk membeli tanda dagangan Animoji tersebut namun ditolak. Emonster sedang menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan dalam usaha mereka untuk tidak membenarkan Apple secara terus menggunakan tanda dagangan Animoji.

Gambar: wccftech.com