Apple Disaman Seorang Lelaki Kerana Mengubah Dirinya Menjadi Gay

Baru-baru ini syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat, Apple telah disaman sebanyak 1 juta ruble oleh seorang lelaki di Rusia  atas pertuduhan kemudaratan moral selepas dia mendakwa aplikasi iPhone telah menjadikan dirinya gay.



Beliau mendakwa tersalah menerima mata wang kripto 'Gaycoin' melalui aplikasi telefon pintar tersebut dan memfailkan tuntutan undang-undang di sebuah mahkamah di Moscow.

Peguamnya, Sapizhat Gusnieva menegaskan bahawa kes itu sangat serius kerana anak guamnya menjadi takut dan mengalami kemurungan kerana insiden tersebut yang berlaku ketika musim panas lalu. Menurutnya mata wang krypto GayCoin itu dihantar berserta nota ‘jangan menghukum sehingga anda cuba’.

Gusnieva berkata:

"Apple perlu bertanggungjawab terhadap program mereka walaupun pertukaran itu dikatakan berlaku pada aplikasi pihak ketiga."

Menurut aduan yang dibuat lelaki tersebut:

"Bagaimana saya mahu membuat penilaian tentang sesuatu jika tidak mencubanya terlebih dahulu. Saya akhirnya memutuskan untuk mencuba seks sejenis. Kini, saya sudah ada teman lelaki. Saya tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan tentang perkara itu kepada ibu bapa saya. Hidup saya telah berubah menjadi lebih teruk dan tidak akan kembali normal semula," jelas kandungan aduan yang difailkan oleh lelaki tersebut. Apple telah mendorong dirinya terlibat dengan homoseksual melalui manipulasi dan perubahan itu telah merosakkan moral dan mental saya."

Sementara itu belum ada sebarang kenyataan rasmi dari wakil Apple di Russia mengenai insiden tersebut.

Sumber: The Telegraph

Berkaitan