Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 6

Apple Disaman Kerana iPhone 6 Meletup

Diterbitkan Mei 7, 2021 oleh Amsyar Latif

Isu telefon pintar meletup bukanlah sesuatu yang baharu dalam arena teknologi. Suatu ketika dahulu, Samsung menerusi Galaxy Note 7 juga menjadi perbualan hangat di internet.

Terbaru, seorang individu di Texas telah memfailkan saman terhadap Apple kerana mendakwa iPhone 6 yang dipakai beliau meletup. Beliau mengatakan ia meletup ketika sedang mendengar lagu melalui telefonnya.

Screenshot 2021-05-07 at 2.18.07 PM
Fail saman terhadap Apple

Lebih teruk, individu bernama Robert Franklin itu turut menerima kecederaan pada lengan dan juga matanya.

Tambah Franklin, beliau membeli peranti tersebut pada tahun 2018 dan insiden itu berlaku pada tahun 2019. Malah, ia juga tidak pasti sama ada iPhone 6 yang dibeli itu adalah asli atau sudah terpakai.

Jika diikutkan, bateri lithium-ion yang ada di mana-mana telefon pintar adalah selamat. Melainkan pengguna menggunakan pengecas yang tidak asli atau menukar bateri yang bukan dari jenama itu sendiri.

Sumber: apple insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
©2026 WISER.MY