Apple Disaman Jutaan Ringgit Kerana Membuat Kenyataan Palsu Berkenaan Hak Pengguna

Satu saman telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah Australia baru-baru ini terhadap syarikat pengeluar peranti pintar, Apple Inc atas dakwaan mereka telah mengeluarkan satu kenyataan palsu berkaitan dengan hak pengguna mereka. Saman yang difailkan adalah berjumlah $ 6.6 juta(RM 26.43 juta).

Pihak Apple telah menolak untuk bertanggungjawab dalam memperbaiki produk keluaran mereka dengan mendakwa pelanggan mereka telah menghantar peranti mereka ke pihak ke-tiga untuk diperbaiki sebelum ini.


Kredit : Vajoo


Masalah yang dikenali sebagai Error 53 ini telah menghantui pengguna peranti Apple sejak sekian lama. Ia telah memberi masalah pada operasi peranti Apple selepas memuat turun kemaskini sistem operasi iOS terbaru bagi mereka yang pernah membaikpulih peranti mereka pada pihak ke-tiga.

Menurut undang-undang di negara Australia, semua pengguna berhak untuk mendapatkan bantuan sokongan daripada pihak pengeluar sekiranya peranti mereka mengalami sebarang kerosakan.

Apple mendakwa mereka telah berhubung dengan Kompetisi dan Suruhanjaya Pengguna Australia (ACCC) dalam membincangkan perkara ini. Mereka menyatakan akan terus berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi pelanggan mereka.

Sumber