Connect with us

Berita

Apple Disaman Berkaitan Aduan Isu ‘Loop Disease’ Pada iPhone 7

ariff bukhari

Ditulis

pada

Setakat ini sebanyak 2 saman telah difailkan oleh 5 plaintif terhadap Apple Inc.

Pada awal Mei yang lalu, 3 individu pemilik iPhone 7 di U.S telah memfailkan saman bersama terhadap Apple Inc. Ia berikutan aduan mereka tentang isu yang dikenali sebagai  ‘Loop Disease‘ yang terjadi pada iPhone 7.

Loop Disease‘ adalah istilah isu berkaitan audio pada iPhone 7 yang terjejas sehingga menyebabkan peranti itu tidak boleh beroperasi apabila ia digunakan dalam tempoh yang lama.

Dalam saman tersebut, mereka mendakwa pihak Apple memang telah sedia tahu tentang masalah tersebut tetapi secara sengaja menyembunyikan kecacatan perkakasan audio iPhone 7 dan 7 Plus sehingga menyebabkan ciri-ciri tertentu berkaitan audio bagi 2 model peranti tersebut tidak boleh digunakan.

Perkakasan audio di dalam iPhone 7 yang terjejas ditandakan dalam kotak merah. Kredit imej: Scribd

Antara ciri-ciri audio yang didakwa tidak boleh digunakan pada peranti tersebut adalah seperti tidak boleh memberikan arahan suara menggunakan Siri, aplikasi Voice Memos tidak beroperasi, penurunan kualiti audio menerusi percakapan pada mikrofon dan beberapa isu audio yang lain. 

Kemudian hanya beberapa hari selepas saman tersebut difailkan, 2 lagi pemilik iPhone 7 dari California telah turut memfailkan yang sama berkaitan isu ‘Loop Disease‘ pada Apple.

Dalam pemfailan tersebut pihak plaintif mendakwa, telah berlaku pelanggaran jaminan dari Apple, pelanggaran Akta jaminan Magnuson-Moss, melanggar Akta jaminan pengguna Song-Beverly, pelanggaran Akta undang-undang pengguna California, pelanggaran undang-undang pengiklanan palsu California, pelanggaran undang-undang persaingan tidak adil California, memberikan gambaran yang salah dan cuai tentang produk serta penganiayaan tidak adil terhadap pengguna.

Oleh itu, menerusi pemfailan yang dibuat ini, pihak plaintif memohon ganti rugi, yuran peguam serta merangkumi arahan yang memaksa supaya Apple membaiki, menarik balik atau menggantikan iPhone-iPhone pemilik yang terjejas dan melanjutkan jaminan berkenaan.

Sumber: Apple Insider

Continue Reading
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Popular