Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Teknologi Satelit Mereka Sendiri

Membolehkan peranti mereka menerima terus pancaran servis internet, tanpa sambungan rangkaian tanpa wayar.

Bloomberg melaporkan, Apple memiliki pasukan rahsia khas yang sedang membangunkan komunikasi teknologi satelit.

Pembangunan komunikasi teknologi satelit itu didakwa akan membolehkan servis internet dipancarkan secara terus kepada peranti-peranti Apple tanpa perlu lagi melalui sambungan rangkaian tanpa wayar sepertimana sekarang.

Kelebihan teknologi satelit itu akan meningkatkan lagi ketepatan penjejakan lokasi peranti, pemetaan serta pengenalan pelbagai lagi ciri-ciri baru pada produk-produk Apple.

Walaubagaimanapun masih tidak jelas adakah Apple akan melancarkan satelit mereka sendiri ataupun menumpang satelit yang sedia ada ketika ini.

Pada tahun ini sahaja, Apple di bawah Tim Cook telah meningkatkan perbelanjaan mereka dalam pembangunan dan penyelidikan sebanyak RM66.26 bilion sepanjang 2019.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 14% dari tahun-tahun sebelumnya.

Namun begitu, Apple bukanlah satu-satunya firma teknologi yang sedang membangunkan komunikasi teknologi satelit mereka sendiri.

Sebelum ini, Amazon.com, Facebook dan Space X sudah pun turut sama merancang serta sedang membangunkan teknologi satelit mereka sendiri.

Sumber: Bloomberg