iPhone buatan India ke Eropah.
Selepas lebih 2 tahun model telefon pintar iPhone SE dipasang di dalam negara India, Apple kini dilaporkan telah mula memasarkan sebahagian model iPhone mereka ke Eropah.
Ia berdasarkan laporan oleh The Economic Times yang memperoleh maklumat daripada 3 individu yang menyedari akan perkembangan tersebut.
Model yang didakwa terlibat dipasarkan ke Eropah itu adalah model iPhone 6s dan iPhone 7. Dilaporkan juga tidak lebih daripada 100 ribu unit bagi kedua-dua model iPhone tersebut dieksport ke Eropah setiap bulan sejak beberapa bulan yang lalu.
Sejak tahun 2017 lagi, iPhone 6s dan iPhone SE adalah 2 peranti terawal Apple yang mula dipasang di Bengaluru bagi pasaran telefon pintar bajet di India.
India kini menjadi antara negara fokus mereka bagi pengeluaran peranti paling popular mereka itu, selain di negara China.
Malah Apple juga dilaporkan dalam perancangan untuk membuka Apple Store India serta menambah baik lagi aplikasi dan servis untuk ditawarkan kepada pengguna produk mereka di negara tersebut.
Apple kini dilihat cuba bersaing dalam pasaran telefon pintar di India yang ketika ini sedang dikuasai oleh pengeluar-pengeluar telefon pintar Android dari China.
Berkaitan
- Kehadiran Kakitangan Kementerian Dan Jabatan Digital Negara Kini Dipantau SPOTMe
- Lebih Banyak Telefon Pintar Yang Menggunakan KaiOS Kini Menyokong Aplikasi WhatsApp
- Satelit Komersil Yang Boleh Diprogram Semula Pertama Di Dunia Ini Sedia Untuk Dilancarkan
- Kemas Kini Hingga 7 Tahun Seperti 'Isi Inti Baru Pada Sandwic Berkulat' - Presiden OnePlus
- Siri Infinix NOTE 40 Dilancar, Bawakan Pengecasan Pantas 100W
- Status Pengguna Internet Di Seluruh Dunia Setakat Oktober 2020
- Seorang Rakyat China Didapati Bersalah Menyeludup Masuk 40,000 Peranti Palsu Apple Ke A.S
- Pengasas Firma Keselamatan Siber Acronis Takut Dengan Mesin Hampagas Miliknya
- Microsoft Memperbetulkan Lebih 100 Kelemahan Sistem Windows
- Google Buang Aplikasi Dari Pembangun India Ini Daripada Play Store