Mereka juga turut mengurangkan pekerja dibahagian kerahsiaan produk.
Laman The Information melaporkan bahawa Apple dalam usaha menjejaki insiden yang menyebabkan berlakunya kebocoran imej-imej skematik CAD bagi produk-produk yang masih belum diperkenalkan mereka kepada umum, khususnya iPhone.
Kebocoran skematik CAD tersebut telah menyebabkan pihak ketiga telah lebih dulu menghasilkan aksesori bagi iPhone yang masih belum dilancarkan. Ia berikutan terdedahnya rekaan skematik CAD bagi model iPhone 11 yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.
The Information juga mendedahkan pernah berlaku di mana pada era model iPhone 5c dahulu, seorang pekerja kilang yang menghasilkan peranti tersebut didapati telah menggali terowong bagi membolehkannya menyeludup keluar komponen perkakasan peranti tersebut dari kilang.
Sejak itu, Apple telah mengambil langkah yang lebih ketat dan berjaya menangani masalah ini daripada berulang. Malah mereka juga dilaporkan telah mengurangkan staf di bawah pasukan yang dikenali sebagai New Product Security TeamĀ bagi mengelakkan rahsia produk mereka daripada mudah terdedah.
Tetapi kini terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa rahsia produk-produk Applem lebih banyak terbocor daripada ibu pejabat mereka sendiri, Apple Park yang terletak di Cupertino, California, berbanding dari kilang-kilang pengeluaran produk mereka.
Ini kerana mereka sukar menyekat daripada fail-fail skematik CAD dari diambil gambar dan disebarkan tanpa menyedari siapa pelakunya.
Sumber: 9TO5Mac
Berkaitan
- Menara Diguna Maxis, Celcom, Digi, Dan U-Mobile Yang Terbakar Sedang Dibaik Pulih
- 16 Fakta Menarik Siri Animasi Keluang Man Yang Anda Tidak Tahu
- Microsoft Mengisukan Masalah Kemas Kini Windows 10 Versi 1903 Yang Menyebabkan Peranti Pembesar Suara Bluetooth Tidak Berfungsi
- Stesen Pemancar Sementara REDtone Di Kg. Gelong Badak, Bachok Didirikan
- CONNECTme NOW Hubungkan Barisan Hadapan Bertugas Di Pos Pemeriksaan Sempadan Malaysia
- BlackBerry Kukuhkan Keselamatan Siber Malaysia
- Selepas Ini Proses Naik Taraf Ke Windows 11 Perlukan Capaian Internet
- Hati-Hati Jika Terima SMS Mata Ganjaran Bakal Tamat Tempoh - PDRM
- Jom Sertai Rancangan Realiti TV Terbaru MOSTI, 'INNOVATHON' Dan Menang Hadiah RM1 Juta
- Jumlah Penduduk Dunia Yang Sudah Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Setakat Ini