Apple Dilaporkan Akan Menjual iPhone Terbaru Dengan Harga Melebihi RM 4,000

Mengikut laporan dari The New York Times, iPhone terbaru dari Apple yang kita dengar selama ini akan dijual pada harga bermula dari RM 4,000, kenaikan lebih dari RM 200.

Bulan depan merupakan bulan Apple dijangka memperkenalkan 3 model terbaru iPhone. 2 daripadanya akan mengemaskini rekaan untuk iPhone 7 dan satu lagi akan menjadi iPhone utama untuk tahun ini dengan rekaan skrin penuh bezer-less.

Fungsi iPhone terbaru yang setakat ini menjadi bualan adalah pengecasan tanpa wayar dan juga pengecaman wajah. Banyak juga yang tertiris selepas Apple mengeluarkan firmware untuk HomePod yang secara langsung mendedahkan beberapa butiran mengenai iPhone terbaru mereka itu.

Sumber