Apple Dilapor Menggandakan Pengeluaran Fon Telinga AirPods Pro

Dari 1 juta kepada 2 juta unit sebulan.


Apple dilaporkan telah meminta pembekal model terbaru fon telinga AirPods Pro menggandakan pengeluaran mereka dari 1 juta kepada 2 juta unit sebulan.

Permintaan itu dibuat menerusi CEO Apple sendiri, Tim Cook yang telah menghantar memorandum kepada pengeluar peranti tersebut, Lucent Precision pembekal dari China.

Sejak mula berada di pasaran pada lewat Oktober lalu, fon telinga Apple AirPods Pro amat popular dikalangan pengguna. Malah produk terbaru Apple itu adalah antara produk paling laris jualannya tahun ini.

Dalam tempoh yang singkat bagi tahun ini sahaja, AirPods Pro dijangka akan berjaya dijual sebanyak 60 juta unit. Malah pemerhati menjangkakan AirPods Pro akan berjaya mencecah jumlah jualan sebanyak 100 juta unit dalam tahun 2020 nanti.

Berdasarkan kepada data dari laman Counter Point,  setakat suku ketiga tahun 2019, Apple menguasai sebahagian besar jualan fon telinga tanpa wayar diseluruh dunia iaitu sebanyak 45%.

Jauh meninggalkan pesaing lain iaitu diikuti oleh Xiaomi hanya 9% dan Samsung hanya 6% sahaja.

AirPods Pro yang berharga RM1,099.00 baru sahaja memasuki pasaran Malaysia beberapa hari lalu.

Sumber: GizChina