Apple Dikatakan Bakal Melancarkan Model iPhone XS & XS Max Versi Merah Bulan Ini

Apple dilihat masih belum mengalah untuk terus mempromosikan model iPhone XS dan XS Max mereka walaupun kurang mendapat sambutan daripada pembeli.

Mereka kini didakwa akan memperkenalkan satu pilihan warna baharu buat dua model berkenaan iaitu warna merah.

Berbeza dengan model iPhone berwarna merah sebelum ini, ia tidak akan membawa nama PRODUCT(RED), tetapi ia digelar sebagai China Red.

Kapsyen: AppleInsider


Bagaimanapun, sesuai dengan namanya, variasi warna baharu ini dikatakan hanya akan ditawarkan di China.

Namun, menurut sumber, tidak mustahil model berkenaan akan turut dibawa ke pasaran antarabangsa sekiranya mendapat permintaan ramai.

Berita ini masih lagi diperingkat ura-ura ketika ini memandangkan tiada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Apple setakat ini.

 

Sumber: Weibo via MacRumors