Selain iPhone 9, Apple kini dijangka akan turut memperkenalkan iPhone 9 Plus, seperti yang dilaporkan 9to5Mac. Peranti ini bakal menggantikan model terdahulu iaitu iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.
Beberapa butiran mengenai iPhone 9 sudah didedahkan sebelum ini termasuk mempunyai paparan LCD dengan saiz 4.7 inci dan butang Home dengan Touch ID yang terbina. Kini, melalui kod iOS 14, lebih banyak yang diketahui mengenai peranti iPhone terbaru ini.
Pada masa ini, Apple dilihat sedang membangunkan versi yang lebih besar bagi iPhone 9 yang mungkin akan dinamakan sebagai iPhone 9 Plus dimana peranti ini mungkin mempunyai paparan 5.5 inci seperti iPhone 8 Plus.
Melalui maklumat yang diterima, kedua-dua peranti ini akan dijana dengan cip A13 Bionic, iaitu cip yang sama terdapat pada iPhone 11 dan iPhone 11 Pro. Perkara ini mungkin memberikan khabar gembira pada pengguna iPhone dengan model lama seperti iPhone 6 dan iPhone 7. Tambahan pula, peranti ini dikatakan mempunyai penawaran harga mampu milik.
Dengan penawaran harga yang lebih murah, iPhone 9 dan iPhone 9 Plus akan menawarkan fungsi Touch ID berbanding Face ID. Pengguna juga dapat menggunakan fungsi Apple Pay dan Express Transit yang tidak tersedia pada beberapa model lama iPhone.
Bagaimanapun, nama Iphone 9 dan iPhone 9 Plus mungkin akan berubah memandangkan ia masih spekulasi. Kedua-dua peranti dijangka bakal dilancarkan pada musim bunga ini, iaitu semasa atau selepas iOS 13.4 dilepaskan.
Sumber: 9to5Mac
Berkaitan
- Apple Mungkin Terpaksa Melupakan Sokongan Paparan 120Hz Pada iPhone 12 Pro
- Apple Dikhabar Sudah Mula Buat Persediaan Untuk Pelancaran iPhone 14
- Dengan Harga RM369, Anda Boleh Miliki Telefon Baharu realme
- OnePlus 12 Akan Dilancar Awal Bulan Depan
- OPPO A54 Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Harga Bermula RM599
- vivo Tawar Hadiah Percuma Bernilai RM298 Untuk Setiap Pembelian vivo Y35
- Ini Sampel Gambar Dari Kamera Utama OnePlus 9 Pro Dengan Sensor IMX789
- Lebih 98 Juta Muat Turun, Data Pengguna Muslim Pro Dilaporkan Telah Dibeli Oleh Tentera A.S
- Dua Tahun Lagi, Model Standard iPhone Dijangka Hadir Dengan ProMotion 120Hz
- Ura-Ura: OnePlus 11 Pro Mungkin Hanya Dipanggil Sebagai OnePlus 11