Apple Dijangka Menggunakan Modem Snapdragon X60 Pada iPhone Tahun Hadapan

Sebelum ini, Apple dan Qualcomm telah mengumumkan penjanjian bagi mengakhiri persengketaan mereka. Terbaru, satu dokumen telah mendedahkan perancangan Apple untuk menggunakan lebih banyak modem 5G dari Qualcomm bagi penghasilan produk akan datang.

Apple Qualcomm X60

Ia sebenarnya adalah perjanjian penyelesaian pada 2019 yang mendedahkan keputusan yang diambil oleh kedua-dua syarikat itu. Apple dan Qualcomm telah bersetuju untuk menggunakan modem X55 pada pelancaran iPhone tahun ini.

Melalui satu video yang kini telah diturunkan, ia memperlihatkan penggunaan modem Snapdragon X55 pada siri iPhone 12. Modem tersebut kebiasaannya ditemui pada peranti Android yang dilancarkan tahun ini dengan padanan cip Snapdragon 865.

Dalam pada itu, Apple turut merancang menggunakan modem Snapdragon X60, iaitu modem dengan proses 5nm yang lebih cekap tenaga berbanding modem X55. Apple juga komited untuk menggunakan modem X65 dan X70 yang belum lagi dilancarkan pada produk akan datang.

Sumber: Docket via GSMArena