Apple Dijangka Guna Skrin Paparan Berlubang Untuk Ganti Takuk iPhone Pada 2020

Rekaan skrin dengan takuk mula dipopularkan Apple melalui iPhone X pada tahun lalu yang mana dituruti pengeluar yang lain.

Penghujung 2018 pula memperlihatkan beberapa nama seperti Honor, Samsung dan Lenovo mula beralih kepada skrin dengan rekaan berlubang. Berdasarkan perkhabara terbaru yang dipetik dari Twitter @IceUniverse, Apple diramal akan mengekalkan skrin dengan takuk untuk keluaran tahun hadapan.



Turut menambah, penggunaan skrin berlubang pada iPhone dijangka tampil bagi keluaran pada 2020 walaupun syarikat itu sudah memfailkan paten skrin berlubang sejak 2016 lagi.

Kapsyen: Paten oleh Apple


Khabar angin juga ada menyatakan kebarangkalian keluaran iPhone akan dilengkapi dengan sensor pengimbas cap jari dalam paparan dan dalam masa yang sama mengekalkan ciri FaceID.

Sumber: @IceUniverse via FossBytes