Apple Dijangka Akan Mengekalkan Beberapa Ciri Lama Pada iPhone 2019

Reading Time: 1 minute

Berita kurang enak di dengar oleh peminat setia model iPhone, Apple dikatakan akan kekal menggunakan beberapa ciri lama ada model keluaran tahun ini.

Antara yang hangat diperkatakan ialah penggunaan sambungan Lightning serta bekalan pengecas 5W dari dalam kotak belian.

Perkara ini ternyata sedikit mengecewakan sebahagian pengguna mereka kerana Apple sebelum ini dilaporkan bersedia untuk beralih ke sambungan USB Type-C pada keluaran 2019 nanti.

Menurut sumber, Apple mengambil keputusan tersebut bagi menjimatkan kos sekaligus cuba untuk menjual iPhone 2019 dengan harga yang lebih berpatutan.

Ini kerana jika model iPhone berikutnya didatangkan dengan sambungan Type-C, ia mungkin memerlukan Apple untuk turut membekalkannya dengan alat pengecasan 18W yang dibekalkan bersama iPad Pro sebelum ini.

Maka jika terus dilaksanakan, ia akan memaksa Apple untuk menjual iPhone dengan harga yang lebih tinggi.

Apple dijangka akan memperkenalkan model iPhone 2019 pada suku ketiga tahun ini dan kita mungkin akan mendengar berita lanjut mengenainya semasa persidangan Apple Worldwide Developers Conference pada Jun nanti.

 

Sumber: Macotakara    Apple Insider

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *