Akibat 'Terlebih' Iklan iPhone Sebagai Rintang Air, Apple Didenda USD12 Juta

Pihak perundangan negara Itali telah mendenda Apple Inc. kerana secara salah mengiklankan telefon pintar iPhone mereka sehingga boleh menyebabkan kekliruan kepada penggunanya..

Menurut pihak berkuasa Itali, Apple dituduh bersalah dalam 2 perkara berkaitan iPhone.

Pertama adalah dakwaan Apple dengan mengiklankan iPhone sebagai peranti rintang air. Ini kerana dakwaan tersebut hanya dibuat berdasarkan kepada  ujian makmal sahaja. Bukan berdasarkan kepada keadaan penggunaanya pada masa sebenar.

Model iPhone yang terlibat dalam denda tersebut termasuklah model iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone XR, iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone 11, iPhone 11pro dan iPhone 11 pro Max.

Kedua pula adalah kesalahan yang jauh lebih serius di mana Apple tidak pula menerima iPhone rosak yang disebabkan oleh cecair dalam servis jaminan mereka.

Walhal dalam kempen pemasaran mereka, Apple begitu menguar-uarkan iPhone mereka sebagai sebuah peranti rintang air yang mampu menahan kemasukan air.

Di atas 2 kesalahan itu, Apple telah didenda sebanyak 10 juta Euro (USD12 juta) oleh pihak berkuasa Itali. Apple juga diarah menerbitkan notis berkaitan perkara ini di laman sesawang rasmi Apple Itali.

Sumber: 9To5Mac

Berkaitan