Apple Didenda Sebanyak 25 Juta Euro Oleh Perancis Kerana Memperlahankan Prestasi iPhone

Apple setuju membayar denda tersebut.


Menerusi pihak Direktorat umum untuk persaingan, penggunaan dan penindasan penipuan (DGCCRF), yang berada di bawah sebahagian daripada Kementerian Ekonomi Negara Perancis, mereka telah memfailkan saman terhadap Apple sebanyak 25 juta Euro.

Denda itu yang dikenakan terhadap Apple pada 2018 dahulu dibuat selepas didapati Apple telah gagal memaklumkan kepada para pengguna iPhone versi terdahulu tentang kemas kini yang diterima mereka akan memberi kesan prestasi terhadap peranti tersebut.

Selepas 3 tahun kes itu, Apple dinyatakan sebagai telah bersetuju membayar jumlah denda itu. Berikut adalah kenyataan media oleh pihak (DGCCRF) tentang isu ini,

"Following an investigation by the Directorate General for Competition, Consumption and the Suppression of Fraud (DGCCRF) and after the agreement of the Public Prosecutor of Paris, the Apple group agreed to pay a fine of 25 M € in the context of a criminal transaction.

"Seized on January 5, 2018 by the Paris Prosecutor's Office to investigate the complaint of an association against Apple, the DGCCRF has shown that ‌iPhone‌ owners were not informed that the updates of the iOS operating system (10.2.1 and 11.2) they installed were likely to slow down the operation of their device.

"These updates, released during 2017, included a dynamic power management device which, under certain conditions and especially when the batteries were old, could slow down the functioning of the ‌iPhone‌ 6, SE models. and 7."

Selepas isu prestasi iPhone diperlahankan didedahkan, Apple telah mengesahkan yang mereka telah memperlahankan prestasi iPhone dari segi kuasa pemprosesan untuk menjaga jangka hayat bateri.

Apple juga telah membuat permohonan maaf terhadap isu tersebut dan telah menurunkan harga bateri iPhone sepanjang 2018 lalu.

Malah mereka juga telah menambah ciri baru dalam sistem iOS bagi menunjukkan keadaan kesihatan bateri iPhone yang lebih jelas kepada pengguna.

Sumber: MacRumors