Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Apple Didakwa Memperlahankan Prestasi iPhone Menerusi Kemas Kini 14.5.1

Posted on Mei 11, 2021Mei 11, 2021

Apple telah melepaskan kemas kini 14.5.1 kepada semua pengguna iPhone baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, kini terdapat dakwaan bahawa kemas kini tersebut telah menyebabkan berjuta pengguna iPhone dari pelbagai model telah  diperlahankan prestasinya sehingga 60%.

Dakwaan tersebut mula diutarakan oleh seorang YouTuber bernama  Nick Ackerman.

Dakwa beliau, kemas kini iOS 14.5.1 menyebabkan prestasi iPhone  12 dan iPhone 11 dikurangkan sehingga 60%.

Menjadikan prestasi model iPhone 12 sama sahaja dengan iPhone XR 2018 dahulu.

Sementara model iPhone 11 pula didakwa sama sahaja prestasinya dengan model iPhone 7 dari tahun 2016 dahulu.

Berikut adalah perbandingan prestasi Geekbench bagi model-model iPhone terjejas sebelum dan selepas kemas kini iOS 14.5 dan 14.5.1:-

  • iPhone 12 (iOS 14.5) – single core: 1583, multi-core: 3967
  • iPhone 12 (iOS 14.5.1) – single core: 1478, multi-core: 2339
  • iPhone 11 (iOS 14.5) – single core: 1318, multi-core: 3019
  • iPhone 11 (iOS 14.5.1) – single core: 794, multi-core: 1271
  • iPhone XR (iOS 14.5.1) – single core: 1105, multi-core: 2085
  • iPhone 7 (iOS 14.5.1) – single core: 728, multi-core: 1291

Semakan di laman MacRumors juga mendapati terdapat lebih daripada 25% pengguna iPhone mendakwa peranti mereka terjejas dengan isu “throttling” terbaru ini.

Malah terdapat juga aduan daripada pengguna iPhone di laman rasmi  Forum Komuniti Apple.

Pengguna iPhone membuat aduan di laman rasmi Apple Communities.

Jadi bagaimana dengan pengguna iPhone sekalian, adakah iPhone anda terjejas dengan dakwaan ini?

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress