Apple Didakwa Akan Lancarkan Perkhidmatan Penstriman Video Pada 25 Mac Ini Bagi Mencabar Netflix

Syarikat teknologi gergasi dari Amerika Syarikat, Apple Inc. telah menghantar jemputan untuk satu acara khas yang akan diadakan pada 25 Mac ini di Cupertino, California.



Melihat kepada video acah diatas, Apple dikatakan akan memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka sendiri dalam acara itu nanti.

Sekiranya benar, perkhidmatan berkenaan dijangka bakal menjadi pencabar terbaru bagi Netflix di masa akan datang.

Bagi menghasilkan kandungan asli seperti Netflix, ia memerlukan belanja yang besar dari pihak Apple.

Kapsyen: Apple


Namun, melihat kepada pembelanjaan syarikat sebelum ini, wang bukanlah masalah besar bagi mereka.

Untuk rekod, sepanjang tahun 2018, Apple telah membelanjakan lebih $8 bilion(~RM32.64 bilion).

 

Sumber: Apple via Engadget