Apple Diberikan Hak Ke Atas Paten Peranti Elektronik Boleh Lipat

Apple mungkin akan membangunkan iPhone dan iPad yang diperbuat dari kaca yang boleh dilipat.


Apple Inc. telah berjaya memiliki hak ke atas paten peranti boleh lipat yang telah difailkan mereka  dokumentasi bagi rekaan peranti tersebut pada 12 Januari tahun lalu.

Di laman rasmi United States Patent (USPTO),  paten yang bertajuk 'Foldable cover and display for an eletronic device'  itu dijelaskan dalam abstrak bagi paten peranti tersebut:-

"Electronic devices including a display layer and a cover layer including a foldable region are disclosed herein. The display layer and the cover layer are configured to be moved between a folded configuration and an unfolded configuration by bending the cover layer along the foldable region. Methods of making a cover layer for an electronic device are also disclosed."

Kapsyen: Kredit imej: USPTO


Dalam dokumentasi paten tersebut, Apple menjelaskan secara terperinci ciri kompleks peranti elektronik yang dihasilkan dari bahan kaca yang boleh dilipat secara sempurna dan tahan tegangan.

Walaupun Apple memperoleh hak ke atas paten ini, Apple tidak semestinya akan membangunkannya. Tapi sekurang-kurangnya kita tahu bahawa Apple mungkin sedang merancang untuk menghasilkannya suatu hari nanti.

Anda boleh dapatkan info penuh tentang paten peranti lipat Apple ini di laman USPTO.gov yang mengandungi 46 muka surat.