Apple Di Tempat Pertama Sebagai Syarikat Paling Dikagumi Untuk 11 Tahun Beturut-turut oleh Fortune

Apple Inc. telah jauh mengorak langkah dari menjadi pembuat komputer, Apple 1 hinggalah ke peranti telefon pintar mereka sekarang iaitu iPhone X. Perjalanan mereka sehingga sekarang dilanda pelbagai ujian dan masalah termasuklah tahun lepas apabila mereka terlibat dengan skandal iPhone 'perlahan' mereka yang mengakibatkan lebih dari 40 saman terhadap mereka.

Walau bagaimanapun, mereka masih dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai syarikat paling dikagumi mengikut senarai tahunan dari Fortune. Mengejutkan kerana mereka mengekalkan kedudukan ini untuk kali ke-11 berturut-turut.

Syarikat seperti Amazon menduduki tempat ke-2 dan Alphabet mendapat tempat ke-3. Berikut merupakan senarai 10 tempat teratas untuk gelaran itu:

  • Apple

  • Amazon

  • Alphabet

  • Berkshire Hathaway

  • Starbucks

  • Disney

  • Microsoft

  • Southwest

  • FedEx

  • JPMorgan


Senarai tersebut dalah dari jumlah 1,500 calon di seluruh dunia dan telah dipilih oleh eksekutif syarikat, pengarah dan penganalisa dari pelbagai industri.

Sumber