Apple Di Saman Lebih Dari 10,000 Pengguna iPhone 6 dan iPhone 6 Plus Kerana Skrin Sesentuh Yang Tidak Responsif





Baru-baru ini, terdapat laporan yang dikaitkan dengan skrin sesentuh iPhone 6 dan 6 Plus yang gagal berfungsi dengan baik. Difahamkan, reka-bentuk model telefon berkenaan yang menjadi punca skrin paparan menjadi tidak responsif.



Aduan mula muncul Ogos yang lalu apabila pengguna iPhone 6 menyatakan terdapat bar yang berkelip dibahagian atas skrin dan kemudian skrin menjadi kurang responsif ataupun langsung tidak memberi tindak balas terhadap sentuhan. Seminggu kemudian, 3 orang pengguna iPhone 6 memfailkan saman terhadap Apple di Mahkaman Daerah Utara California selepas telefon pintar mereka mengalami masalah yang sama.







Richard McCune, seorang peguam yang mengendalikan kes di California mendedahkan, beliau dihubungi lebih dari 10,000 pengguna yang mahu turut serta dalam pemfailan saman terhadap Apple.



Berhubung dengan masalah ini, Apple melalui peguam syarikat meminta lanjutan masa untuk bertindak balas dengan aduan yang diterima.



Sumber: Mac Rumours