Apple Di Hadapan Dalam Perlumbaan Sensor 3D

Apple Inc. melalui peranti iPhone X mula menggunakan sensor 3D (3-dimensi) pada tahun lepas dan dalam masa yang sama membuang pengimbas cap jari di dalam telefon pintar mereka.

Tiada perbezaan ketara jika dibandingkan dengan tahap keselamatan antara dua cara nyahkunci tersebut cuma menyahkunci melalui wajah memberikan sesuatu yang berbeza untuk pengguna.



Kalau mengikut laporan yang disediakan oleh Reuters, 3 pengeluar komponen besar memberitahu yang kebanyakkan pengeluar peranti Android terpaksa menunggu sehingga tahun 2019 bagi menggunakan sensor 3D seperti iPhone X. Ini menyebabkan pengeluar-pengeluar selain Apple menghadapi masalah bekalan komponen sensor 3D jika mereka mahu mengintegrasikan sensor tersebut kedalam peranti mereka.



Apple Inc. sering mendahului pesaing mereka yang lain bukan kerana menjadi pertama yang memperkenalkan fungsi baru dalam telefon pintar mereka tetapi mempopularkan fungsi tersebut. Jika dilihat kepada bajet R&D Apple, tidak hairan mengapa mereka dapat mengambil kesempatan memperkenalkan fungsi baru dalam peranti mereka.

Sumber