Apple Dan Samsung Didenda Kerana Memperlahankan Telefon Pintar Model Lama

Dua syarikat gergasi pengeluar telefon pintar, Samsung dan Apple dilaporkan telah didenda pihak Berkuasa Anti-Persaingan Itali semalam.

Tindakan denda itu dibuat berikutan dakwaan mereka sengaja memperlahankan telefon pintar model lama menerusi kemaskini perisian yang ditawarkan kepada pengguna.

Umum sudah mengetahui tentang isu telefon pintar lama dua jenama ini menjadi perlahan selepas dikemaskini dengan perisian.

Denda berjumlah 5 juta euro atau sekitar RM24 juta dikenakan keatas dua syarikat terbabit dan pihak berkuasa Itali itu menyatakan  Samsung dan Apple "telah menyebabkan kegagalan serius dan prestasi berkurangan dengan ketara, dengan itu mempercepatkan proses menggantikannya. "

Difahamkan juga, tambahan denda 5 juta Euro turut dikenakan keatas Apple atas sebab mereka gagal menyediakan informasi yang jelas tentang bateri termasuk bagaimana cara untuk mengekalkan prestasi bateri.

Lanjutan daripada denda tersebut, Samsung menyatakan kecewa dengan keputusan itu dan akan membuat rayuan.

Sumber: BBC