Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Dan Samsung Didenda Kerana Memperlahankan Telefon Pintar Model Lama

Apple Dan Samsung Didenda Kerana Memperlahankan Telefon Pintar Model Lama

Diterbitkan Oktober 25, 2018 · Dikemas kini Oktober 25, 2018 oleh Helmi Samsuri

Dua syarikat gergasi pengeluar telefon pintar, Samsung dan Apple dilaporkan telah didenda pihak Berkuasa Anti-Persaingan Itali semalam.

Tindakan denda itu dibuat berikutan dakwaan mereka sengaja memperlahankan telefon pintar model lama menerusi kemaskini perisian yang ditawarkan kepada pengguna.

Umum sudah mengetahui tentang isu telefon pintar lama dua jenama ini menjadi perlahan selepas dikemaskini dengan perisian.

Denda berjumlah 5 juta euro atau sekitar RM24 juta dikenakan keatas dua syarikat terbabit dan pihak berkuasa Itali itu menyatakan  Samsung dan Apple “telah menyebabkan kegagalan serius dan prestasi berkurangan dengan ketara, dengan itu mempercepatkan proses menggantikannya. ”

Difahamkan juga, tambahan denda 5 juta Euro turut dikenakan keatas Apple atas sebab mereka gagal menyediakan informasi yang jelas tentang bateri termasuk bagaimana cara untuk mengekalkan prestasi bateri.

Lanjutan daripada denda tersebut, Samsung menyatakan kecewa dengan keputusan itu dan akan membuat rayuan.

Sumber: BBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY