Apple Dan Google Mengumumkan Bekerjasama Melawan Covid-19

2 Firma gergasi teknologi dunia iaitu Apple dan Google hari ini mengumumkan bahawa mereka kini bekerjasama dalam usaha melawan penularan wabak Covid-19.

Apple memaklumkan, mereka dan Google akan melancarkan penyelesaian komprehensif menerusi API (application programming interfaces) serta teknologi sistem operasi yang menggunakan rangkaian tanpa wayar Bluetooth bagi menjejaki pengguna.

Mereka menjangkakan, API yang akan membolehkan peranti iOS dan Android berhubung dengan menggunakan aplikasi dari pihak berkuasa kesihatan akan dilancarkan dalam bulan Mei nanti.

Manakala platfom penjejakan menerusi rangkaian Bluetooth yang dikatakan akan lebih efisyen dalam mengesan hubungan pengguna dijangka akan dilancarkan dalam tempoh bberapa bulan akan datang.

"All of us at Apple and Google believe there has never been a more important moment to work together to solve one of the world’s most pressing problems. Through close cooperation and collaboration with developers, governments and public health providers, we hope to harness the power of technology to help countries around the world slow the spread of COVID-19 and accelerate the return of everyday life." Apple.

Pandemik wabak Covid-19 telah pun menjangkiti lebih daripada 1.5 juta penduduk dunia.

Daripada jumlah itu, lebih daripada 92,000 kes kematian telah direkodkan yang melibatkan 213 buah negara.

Ketika ini, Amerika Syarikat terus bergelut mengekang  penularan wabak ini.

Negara Amerika Syarikat merekodkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi di dunia di mana lebih daripada 425,000 rakyatnya telah dijangkiti wabak tersebut dan merekodkan sebanyak 14,665 kes kematian setakat ini.

Sumber: Apple dan WHO