Apple Dan Google Membuang 3 Aplikasi 'Dating' Ini Kerana Pengguna Boleh Terdedah Kepada Pemangsa Seksual

3 Aplikasi tersebut dikhuatiri mendedahkan pengguna, terutamanya kanak-kanak kepada pemangsa seksual.


Baru-baru ini, pihak Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan (FTC) telah memaklumkan kepada pihak Apple dan Google supaya menarik keluar 3 aplikasi temu janji (dating) dari di senarai dalam AppStore untuk pengguna iOS dan Google Playe Store pengguna peranti Android.

Ini kerana aplikasi tersebut didapati berpotensi untuk digunakan oleh pemangsa seksual untuk mencari kanak-kanak sebagai mangsa mereka.

3 aplikasi yang telah ditarik keluar oleh Apple dan Google adalah  FastMeet, Meet24 dan Meet4U. Ketiga-tiga aplikasi ini dibangunkan oleh pembangun Wildec yang berpangkalan di Ukraine.

3 Aplikasi ini didapati tidak menghalang pengguna yang berumur di bawah 13 tahun dari menggunakan aplikasi tersebut atau menjadikan penggunanya terdedah kepada pengguna yang lain.

Ia sekaligus telah menyebabkan aplikasi-aplikasi tersebut melanggar Akta Perlindungan Privasi dalam talian Kanak-Kanak (COPPA) dan Akta FTC.

Jadi, sekiranya anda ada memuat turun dan menggunakan 3 aplikasi ini, bolehlah segera membuang aplikasi tersebut dari peranti pintar anda.

Sumber: TechCrunch

Berkaitan