Ikuti kami di media sosial

Berita

Apple Dalam Perbincangan Membeli Perniagaan Modem Intel

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Apple ketika ini dilaporkan sedang berada dalam fasa perbincangan untuk mengambil alih perniagaan cip modem telefon pintar Intel dengan nilai $1 bilion.

Intel terlebih dahulu pada April lalu menyatakan mereka ingin keluar dari perniagaan modem 5G mudah alih selepas Apple dan Qualcomm menemui jalan penyelesaian selepas kemelut yang melanda antara kedua syarikat teknologi tersebut.

Hasil perbincangan mengenai pembelian ini mungkin akan diumumkan seawal minggu hadapan dimana ia meliputi pengambilalihan seperti paten dan kakitangan yang dilaporkan bernilai $1 bilion atau lebih tinggi lagi.

Apple yang sebelum ini merupakan pelanggan utama kepada intel bagi cip modem ibarat hilang arah setelah Apple dan Qualcomm kembali bekerjasama. Apple sebelum ini dilaporkan ingin membangunkan sendiri cip modem mereka dan dengan sekiranya  Apple berjaya melengkapkan pengambilalihan ini, mereka boleh mengurangkan kebergantungan kepada syarikat lain dalam penghasilan modem untuk iPhone.

 

Sumber: The Verge

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular