Apple Daftar 6 Model Baru Apple Watch, Diramalkan Pelancarannya Bulan Hadapan

6 buah model baru Apple Watch bakal dilancarkan tidak lama lagi berdasarkan laporan dari Consomac, sebuah laman sesawang Apple Perancis.

Menurut laporan tersebut, Apple Watch Series 4 telah didaftarkan pada pengkalan data Suruhanjaya Ekonomi Eurasia (EEC).

Kapsyen: Apple Watch Series 3


Ia merupakan prosedur biasa bagi syarikat teknologi untuk mendaftarkan produk mereka sebelum boleh dipasarkan dinegara-negara seperti Armenia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Rusia.

6 jam tangan pintar tersebut dikenali melalui nombor model iaitu A1977, A1978, A1975, A1976, A2007, and A2008. Namun begitu, spesifikasi bawaannya masih belum dapat disahkan.

Khabar angin menyatakan Apple memberi nafas baru kepada siri baru ini. Antaranya adalah skrin yang lebih besar dengan bezel sekeliling yang lebih nipis. Ia dikatakan 15% lebih luas berbanding model terdahulu.

Sumber: Consomac via 9to5Mac