Apple Cuba Menghalang Pendaftaran Tanda Dagang Logo Prepear

Sebuah syarikat aplikasi resepi makanan yang dikenali sebagai Prepear telah pun memfailkan pendaftaran tanda dagangan bagi logo syarikat mereka yang berbentuk sebiji buah Pear.

Pendaftaran tersebut dibuat pada Januari 2017 dahulu.

Walaubagaimanapun dilaporkan bahawa gergasi teknologi dunia, Apple Inc. telah mencelah dalam pemfailan tanda dagang oleh syarikat tersebut sebagai percubaan untuk menghalang pendaftaran tanda dagang yang menggunakan logo buah Pear itu.

Dalam pemfailan menentang pendaftaran logo itu, Apple menyatakan bahawa logo buah Pear oleh Syarikat Prepear itu mempunyai persamaan dengan logo Apple Inc.

"Consumers encountering Applicant's Mark are likely to associate the mark with Apple. Applicant's Mark consists of a minimalistic fruit design with a right-angled leaf, which readily calls to mind Apple's famous Apple Logo and creates a similar commercial impression." Apple.

Susulan daripada tentangan yang diterima Apple, Prepear kini telah melancarkan petisyen di laman Change.org bagi mendapatkan sokongan orang ramai untuk sama menentang tindakan Apple tersebut.

Sasaran petisyen tersebut adalah bagi mendapatkan sokongan daripada 50,000 orang. Setakat semakan terakhir dibuat, petisyen yang dilancarkan itu kini sudah menerima sokongan lebih daripada 35,000 orang.

Sumber: MacRumors

Berkaitan