Apple Cadang Bangunkan Dua Lagi Pusat Penyelidikan Di China Berikutan Jualan iPhone Yang Tidak Begitu Memberangsangkan

Memetik berita dari Bloomberg, Apple sudah mendedahkan rancangan mereka untuk membangunkan dua buah lagi pusat penyelidikan di China.

Ini sekaligus mempertingkat pelaburan syarikat tersebut di negara tanah besar itu.

Langkah ini mungkin diambil kerana penurunan ketara jualan produk keluaran mereka jika dibandingkan dengan pesaing tempatan seperti Huawei, OPPO, Xiaomi dan banyak lagi.

Pengumuman telah dibuat oleh CEO Apple sendiri, Tim Cook, dan beliau menamakan dua buah bandar di timur China sebagai lokasi fasiliti penyelidikan tersebut. Bandar tersebut adalah:

  1. Shanghai

  2. Suzhou


Sebelum ini, Apple telah pun bercadang untuk membangunkan dua hab penyelidikan di ibu negara, Beijing dan bandar di wilayah selatan, Shenzen.

Dengan penambahan ini, kira-kira 3.5 bilion Yuan akan dibelanjakan untuk melaksanakan 4 buah pusat penyelidikan tersebut.

Dijangka, pusat penyelidikan ini akan mula beroperasi lewat tahun ini.

Sumber: Bloomberg